Polisi Pemulangan
DASAR PEMULANGAN & BAYARAN BALIK E-KATALOG NADI
1. Tempoh Pemulangan
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian, anda boleh memohon pemulangan/pertukaran dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaan barang yang dibuktikan melalui rekod penghantaran kurier (Proof of Delivery / POD), tertakluk kepada Klausa 2 di bawah.
Semua Produk yang dipulangkan hendaklah:
-
Dalam pembungkusan asal (jika berkaitan) dan
-
Disertakan dengan bukti pembelian (contoh: sebut harga/invois/DO/resit/dispatch invoice), dan
-
Dibungkus dengan kemas dan selamat untuk mengelakkan kerosakan semasa penghantaran pemulangan.
2. Keadaan Yang Membolehkan Pemulangan / Bayaran Balik
Permohonan pemulangan/bayaran balik hanya boleh dibuat jika berlaku salah satu keadaan berikut:
a) Produk tidak diterima dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh pembelian/pengesahan pesanan;
b) Produk diterima tidak lengkap (kuantiti tidak cukup/aksesori hilang/komponen set tidak lengkap);
c) Produk yang diterima berbeza secara ketara daripada penerangan/spesifikasi pada laman produk;
d) Produk diterima bukan produk tulen (counterfeit) / disyaki tidak sah;
e) Produk diterima dalam keadaan rosak fizikal (contoh: kemek, calar, pecah, penyok, koyak);
f) Produk diterima cacat/faulty (contoh: tidak berfungsi seperti sepatutnya); atau
g) Pemulangan dipersetujui melalui perjanjian bertulis antara Pembeli dan Showroom e-Katalog NADI, dan pengesahan bertulis tersebut dikemukakan kepada pihak kami.
Semua permohonan mestilah dibuat melalui saluran rasmi e-Katalog NADI (borang pemulangan / emel / WhatsApp rasmi jika dinyatakan). Setiap permohonan akan dinilai secara kes demi kes.
3. Polisi Khas Untuk Set Hamper
Bagi Set Hamper, polisi berikut terpakai:
3.1 Pemulangan Item Terjejas Sahaja
-
Pembeli boleh memulangkan hanya item yang terjejas (contoh: pecah/kemek/rosak) tanpa perlu memulangkan keseluruhan hamper, jika hamper selebihnya dalam keadaan baik.
3.2 Pemulangan Keseluruhan Hamper (hanya untuk kes tertentu)
Pemulangan keseluruhan hamper hanya dibenarkan jika:
-
Hamper tidak lengkap, atau
-
Item yang salah dihantar (wrong items delivered), atau
-
Terdapat kerosakan fizikal yang menjejaskan hamper secara keseluruhan (contoh: struktur hamper rosak/pecah, pembungkusan utama rosak teruk sehingga menjejaskan persembahan hamper).
4. Syarat Penerimaan Pemulangan
Semua item yang dipohon untuk pemulangan mesti diterima semula oleh pihak Showroom e-Katalog NADI untuk kelayakan bayaran balik atau penggantian.
Semua item akan diperiksa selepas diterima. Sekiranya item dipulangkan dalam keadaan yang tidak sesuai, pihak kami berhak untuk:
-
Menolak permohonan pemulangan;
-
Menolak pertukaran; dan/atau
-
Tidak menerima pemulangan yang diterima selepas tempoh ditetapkan.
5. Barangan Rosak / Cacat: Kos Penghantaran Pemulangan
Sekiranya anda menerima barangan rosak/cacat, anda mungkin berhak untuk pemulangan dan bayaran balik/pertukaran. Kaedah dan liabiliti kos penghantaran pemulangan akan dinilai berdasarkan punca kerosakan dan hasil pemeriksaan (rujuk Klausa 10).
6. Proses & Tempoh Bayaran Balik
Selepas pemulangan diterima dan diperiksa, kami akan memaklumkan melalui emel/WhatsApp rasmi:
-
Pengesahan penerimaan item, dan
-
Keputusan kelulusan atau penolakan bayaran balik/pertukaran.
Jika diluluskan, bayaran balik/penggantian akan diproses dan kredit akan dibuat ke kaedah pembayaran asal atau kaedah lain yang bersesuaian (contoh: kredit kedai/voucher), dalam tempoh sehingga empat belas (14) hari bekerja, bergantung kepada keadaan kes.
7. Kos Penghantaran Tidak Dikembalikan
Kos penghantaran adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
Jika bayaran balik diluluskan, kos penghantaran pemulangan juga tidak akan dikembalikan, kecuali jika diputuskan sebaliknya oleh pihak kami berdasarkan siasatan dalaman dan bukti yang dikemukakan.
8. Pemulangan Walk-in (Dengan Temujanji)
Kami menerima pemulangan secara walk-in dengan temujanji sahaja.
Pembeli perlu menetapkan temujanji terlebih dahulu melalui saluran rasmi e-Katalog NADI sebelum hadir.
9. Tempoh Penerimaan & Pengendalian Pemulangan
Kebiasaannya, item pemulangan akan diterima dan diproses dalam tempoh sehingga tujuh (7) hari bekerja (bergantung kepada kaedah penghantaran pemulangan dan kurier yang digunakan).
Semasa musim puncak, mungkin berlaku sedikit kelewatan. Namun kami akan meminimumkan kelewatan dan memaklumkan status dari semasa ke semasa.
10. Siasatan Dalaman
Bagi menentukan sama ada isu pemulangan berpunca daripada pihak kami, kurier, atau pihak ketiga, kami berhak menjalankan siasatan dalaman sebelum memberikan keputusan kelulusan/penolakan.
11. Keputusan Muktamad
Semua keputusan yang dibuat oleh pihak Showroom e-Katalog NADI adalah muktamad.
12. Pindaan Polisi
Kami berhak untuk mengubah suai atau menambah mana-mana terma dan syarat dari semasa ke semasa bagi mentadbir polisi pemulangan & bayaran balik ini.