Soalan Lazim
1) Apakah e-Katalog NADI?
e-Katalog NADI ialah platform pembelian B2B/B2G yang menghimpunkan produk terpilih Usahawan NADI untuk pembelian secara pukal oleh kementerian, agensi kerajaan, GLC dan syarikat korporat. Proses pembelian dilaksanakan melalui Permintaan Sebut Harga (RFQ) bagi menyokong keperluan dokumentasi dan tatacara perolehan organisasi.
2) Mengapa saya perlu mendaftar sebagai Pembeli?
Pendaftaran Pembeli diperlukan bagi tujuan:
-
Pengesahan organisasi (B2B/B2G),
-
Pengeluaran dokumen berkaitan (contoh: sebut harga, invois, DO), dan
-
Pengurusan permintaan sebut harga serta rekod transaksi.
3) Bagaimanakah cara mendaftar sebagai Pembeli?
Sila lengkapkan pendaftaran di halaman Daftar Sebagai Pembeli mengikut langkah berikut:
Langkah 1: Maklumat Pengguna
-
Nama penuh, emel, nombor telefon
-
Kata laluan dan pengesahan kata laluan (minimum 8 aksara)
Langkah 2: Maklumat Syarikat/Organisasi
-
Nama syarikat/organisasi
-
Nombor pendaftaran (SSM / Kod Agensi)
-
Jenis organisasi (contoh: Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, PBT, GLC, Badan Berkanun, Universiti/IPT, Sdn Bhd dan lain-lain)
-
Industri utama, tahun beroperasi, anggaran pembelian tahunan (jika berkaitan)
-
Penerangan perniagaan (jika perlu)
Langkah 3: Alamat
-
Alamat penuh, poskod, bandar, negeri dan negara
Langkah 4: Orang Hubungan
-
Nama, nombor telefon dan emel
Langkah 5: Dokumen (Pilihan)
-
Dokumen SSM dan/atau lesen perniagaan (jika berkaitan)
Nota: Agensi kerajaan boleh mendaftar tanpa dokumen SSM.
Akhir sekali, sila bersetuju dengan Terma & Syarat serta Dasar Privasi, kemudian hantar permohonan pendaftaran.
4) Adakah saya boleh membuat RFQ sebaik sahaja mendaftar?
Permohonan pendaftaran Pembeli tertakluk kepada proses semakan/pengesahan. Setelah akaun disahkan, anda boleh mula membuat permintaan sebut harga (RFQ) melalui platform.
5) Bagaimanakah cara membuat Permintaan Sebut Harga (RFQ)?
Sila ikuti langkah berikut:
-
Cari dan pilih produk di katalog.
-
Klik “Tambah ke Senarai Sebut Harga” untuk memasukkan produk ke senarai.
-
Pergi ke halaman “Senarai Sebut Harga”, semak item serta kuantiti, kemudian klik “Minta Sebut Harga” untuk menghantar RFQ.
Nota: Proses RFQ memerlukan anda log masuk sebagai Pembeli berdaftar.
6) Apakah itu “Senarai Sebut Harga”?
“Senarai Sebut Harga” ialah ruang pengumpulan item bagi tujuan permintaan sebut harga (RFQ). Ia berfungsi sebagai senarai pertanyaan rasmi, dan bukan kaedah pembayaran runcit.
7) Apa yang berlaku selepas RFQ dihantar?
Selepas RFQ dihantar, status permintaan akan dipaparkan sebagai “Pending/Dihantar” dan akan diproses oleh pihak Admin/Showroom e-Katalog NADI. Pembeli boleh menyemak status dan rekod RFQ melalui papan pemuka (dashboard) Pembeli.
8) Berapa lama masa diperlukan untuk menerima sebut harga?
Tempoh respons bergantung kepada bilangan item, kuantiti, keperluan penyesuaian, dan logistik. Secara amnya, pihak Admin akan memberikan maklum balas dalam 1–3 hari bekerja. Untuk permintaan berskala besar atau khas, tempoh mungkin lebih panjang dan pembeli akan dimaklumkan.
9) Adakah rundingan harga atau terma dibenarkan?
Ya. Sekiranya sebut harga dikemukakan, pembeli boleh menggunakan fungsi Rundingan dalam sistem bagi membincangkan perkara seperti:
-
pelarasan harga berdasarkan kuantiti/MOQ,
-
tempoh penghantaran,
-
terma pembayaran, dan perkara berkaitan lain.
Semua komunikasi rundingan akan direkodkan dalam sistem untuk rujukan.
10) Bagaimanakah cara untuk meneruskan pesanan selepas sebut harga diterima?
Pembeli boleh klik “Terima & Cipta Pesanan” untuk meneruskan pesanan berdasarkan sebut harga tersebut. Jika tidak bersetuju, pembeli boleh klik “Tolak” dan mengemukakan sebab penolakan (jika berkenaan).
11) Mengapa harga berubah mengikut kuantiti?
Sebahagian produk menawarkan harga pukal bertingkat (tier pricing). Harga seunit akan diselaraskan mengikut julat kuantiti yang dipilih, tertakluk kepada MOQ dan kos berkaitan (contoh: pembungkusan dan logistik).
12) Adakah semua produk mempunyai MOQ?
Kebanyakan produk di e-Katalog NADI adalah untuk pembelian pukal dan tertakluk kepada MOQ. Walau bagaimanapun, bagi item tertentu (contoh: premium/rare/high value), MOQ boleh serendah 1 unit mengikut ketetapan produk.
13) Bagi pembeli kerajaan, bagaimana hubungkait proses RFQ dengan tatacara perolehan agensi?
Sebutharga yang dikeluarkan melalui e-Katalog NADI boleh digunakan sebagai dokumen sokongan untuk proses perolehan dalaman agensi, tertakluk kepada tatacara dan keperluan semasa agensi masing-masing.
Pihak Showroom e-Katalog NADI akan memberikan kerjasama dari segi penyediaan dokumen yang berkaitan (contoh: sebut harga, invois, DO) serta maklumat sokongan yang diperlukan, selaras dengan prosedur yang berkuat kuasa.
14) Bolehkah orang awam membeli melalui e-Katalog NADI?
e-Katalog NADI memfokuskan kepada pembelian B2B. Hanya syarikat/organisasi yang berdaftar dan disahkan (termasuk pematuhan keperluan seperti lampiran dokumen SSM bagi kategori berkaitan) boleh membuat pembelian melalui platform ini.
Walau bagaimanapun, orang awam dialu-alukan untuk menghubungi terus Usahawan NADI untuk pembelian runcit. Maklumat Usahawan NADI biasanya disenaraikan dalam penerangan produk.